Masihkah dapat kau gambarkan
Kali pertama kita bertemu
Senyuman manismu yang menawan
Renungan yang menggoda menusuk hatiku

Hari-hari yang berlalu
Kian menyegarkan ikatan cinta
Bagaikan tersentuh di hatiku
Betapa sucinya keikhlasan cinta

Dengarkan janjiku padamu
Kan ku bahagiakan dirimu
Untuk selamanya ha…

Oh… diriku hanya untukmu
Kerana cinta kita bersatu
Diri kau hanya untukku
Kerana cinta kita abadi

Kerana cinta kita abadi…
Abadi…