Apa khabar di sana
Sejak kita berpisah
Ku haraplah bersama
Jangan berhati gundah

Hati pula gembira
Mendengarkan berita
Kau sihat sejahtera
Setiap masa

Salam rindu kirimkan
Di angin lalu
Agar hati tak bimbang
Berjauhan dengan mu

Aku di sini sayang
Tak ada apa kurang
Hanya hati di dalam
Rindu nak pulang