Eeee… Eeee… Eeee ( 2X )

Liuk ke darat, berliuk ke kuala
Langkah berpasak, gema alam bermanja
Buluh menyentak, ayu perawan rimba
Sama bergerak, atur langka sekata

Ooo… sungguh indahnya
Ooo… sungguh rancaknya
(sambil tersenyum) tangan kaki dihayun
(menyusun gerak) lenggang lenggok serentak

Eeee… Eeee… Eeee ( 2X )
(solo vokal orang asli)
selamat datang Ibaq ucapkan
(selamat datang kita ucapkan)
key tuan puan haq agan agan
(kepada tuan dan puan yang budiman)

Ooo… laguku jauh berkumandang
Ke puncak tualang tingginya
Sungguh merdunya (sungguh merdunya)
Ooo… rentaknya dari jati alam
Lagu dari induk adatnya
Sungguh syahdunya… (sungguh Syahdunya)

(bermisoi ihek) (bersewang kita)
Guel rentak lagu eh (ikut rentak langkahnya)
(bermisoi ihek) (bersewang kita)
Guel rentak rentak ding (ikut rentak buluhnya)
(bermisoi ihek) (bersewang kita)
Menyambut sengat pai (menyambut malam tiba)
(bermisoi ihek) (bersewang kita)
Hingga mat ketok tibak (hingga fajar menjelma)
(ulang dari atas)
(penamat)
Eeee… Eeee… Eeee
Idoh adat boq (ini adat kami)
Tajak nak helak mak (warisan zaman berzaman)
Ibaq junjungkan kami
(kami junjungkan)
Hingga gek kaban cuk
(hingga ke anak cucu )