Teratai taut berpayung mekar
Putik bermalam serinya
Hujan ribut gunung terbakar
Embun setitik padam apinya

Terpikat putih sayap kedidi
Luka merintih hatinya
Terjerat kasih kerana budi
Apakan daya kasih berpunya

Mawar intan berkembang
Sejambak duri bawa bersajak
Datang tuan bagaikan kiambang
Nampak seri akar tak jejak

Kenari cantik tinggi di awan
Pohon bersarang tempua
Budi sedetik jadi igauan
Seribu tahun terkenang jua